Pada
waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari
Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan
layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh
Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai
Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam
telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah
bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari
Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening
Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah
perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah
kerajaan yang diberi nama Melaka.
No comments:
Post a Comment