Salah satu kesan kebudayaan yang
berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan,
iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di
selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan
telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang
Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah
gagal.
No comments:
Post a Comment