Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijayapada Abad ke-15,
Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada
faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul
sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa
besar lain seperti Siam dan
Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil
telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan
dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih
tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang
mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya
menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim
salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar
yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam
dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan
Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi
kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan
wilayah.
Kejayaan
Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli
barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat
termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan
yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya
kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang
menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya
sehingga kini.
No comments:
Post a Comment